Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di bawah kelolaan Bahagian Latihan telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif tahun 2022 bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan pembentangan dijalankan secara atas talian. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai konvesyen pada kali ini. Juri pada kali ini diadili oleh wakil dari MAMPU, INTAN Sarawak dan Bomba. Majlis penutupan konvesyen telah dirasmikan oleh YS PKPjB Datu Khirudin Bin Drahman @ Hussaini. Berikut merupakan kedudukan dan pemenang bagi konvensyen pada kali ini. : Juara – BBP Kanowit, Naib Juara – BBP Sungai Merah, Ketiga – BBP Serian, Keempat – BBP Mukah, Kelima – BBP Simunjan, Keenam- BBP Betong, Ketujuh- BBP Saratok, Kelapan – BBP Bintulu, Kesembilan – BBP Batu Niah Kesepuluh- BBP Lawas