Kuching, 21 Julai 2021
YS PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir untuk menyempurnakan Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Hero Bomba di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Sarawak pada petang tadi.Sijil ini diberikan khas 9 orang orang awam dan abang Grab yang dalam usaha menyelamatkan nyawa 4 orang sekeluarga sebelum pihak bomba tiba di lokasi dalam nahas kemalangan Jalan Camar pada 17 Julai yang lepas.Tindakan pantas dan berani Hero Bomba pada kali ini telah dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi apabila bergandingan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam parit sedalam 7 kaki yang dipenuhi air.Syabas dan tahniah kita ucapkan. Semoga komitmen dan nilai tanggungjawap seumpama ini dapat berterusan demi menjamin keselamatan masyarakat.