Kuching, 21 Julai 2021
Solat jemaah Maghrib dan Isya serta Solat Hajat Untuk Kesejahteraan Sarawak dan Majlis Ringkas Bacaan Yassin sempena Hari Sarawak 2021 telah diadakan di Surau Kuarters Bomba Matang, Kuching.Antara kenamaan yang hadir ialah YBhg Dato Amir bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YDH CP Dato Aidi bin Ismail, Pesuruhjaya Polis Sarawak, YS PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.Jemaah disambut mesra oleh PBK II (KUP) Hasim bin Mohamad, Pengerusi Surau Kuarters Bomba Matang dan Ahli Jawatankuasa yang lain.