















Kuching, 28 Januari 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Perbarisan Tahunan 2025 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak. Majlis Perbarisan Tahunan disempurnakan oleh YS PKPjB Jamri bin Masran dengan menyampaikan amanat YAS Ketua Pengarah.
Pada majlis tersebut juga diadakan Bacaan Ikrar Sistem Kawalan Akauntabiliti dan Integriti (SKAI) serta Pemakaian Tanda Pangkat kepada 26 pegawai yang telah dinaikan pangkat yang bertugas di Ibu Pejabat, Balai-Balai Bomba di Zon 1 dan Zon 2.
UPA Bomba Sarawak