



Kuching, 27 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak membuat Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (II) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.
YS Pengarah seterusnya di jemput ke pejabat untuk sesi suai kenal dan membincangkan program-program komuniti seperti Penubuhan Bomba Komuniti, Pasukan Bomba Sukarela, Pemantapan Masyarakat untuk berdaya tahan menghadapi bencana, kebakaran, banjir, tanah runtuh, hala tuju jabatan, perancangan pembinaan Balai Bomba di sepanjang jajaran jalan utama Pan Borneo serta kawasan yang berisiko seperti kawasan industri.
Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah PPgB Nazry bin Mohamat, Pegawai Perhubungan Awam, JBPM Negeri Sarawak.
UPA Bomba Sarawak