Miri, 24 Ogos 2024
YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Outreach Programme Towards Citizen Life Saver Tahun 2024 di Kampung Long Bemang Miri Sarawak pada pagi tadi.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N.77 Telang Usan adalah anjuran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Malaysian Fire Protection Association (MFPA) yang telah bermula pada 23 Ogos 2024 melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 150 orang masing-masing daripada Kelab 3K, Celik S.U.R.I. , Pasukan Bomba Sukarela dan Bomba Komuniti.
Peralatan kebombaan sebanyak 200 unit Alat Pemadam Api, 100 unit Smoke Detector dan 3 unit Fire Fighting Pump telah disumbangkan oleh MFPA pada program kali ini dan akan diagihkan kepada kampung-kampung yang terpilih.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Encik Tee Siew Chong, Presiden MFPA.