LAWATAN KERJA RASMI TKP(O) JBPM KE BBP BATU NIAHBatu Niah, 25 Ogos 2024YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyantuni pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah pada pagi tadi.Rombongan beliau disambut dengan persembahan silat yang diketuai oleh PBB Musa bin Junit kemudiannya dibawa melihat suasana sekitar balai oleh PBT II Rary anak Binjie, Ketua Balai BBP Batu Niah.Hadir bersama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Ismaidi bin Hj. Ismail, Ketua Zon 6 (Miri) JBPM Sarawak.