Kota Samarahan, 19 Ogos 2022 – Majlis Perasmian Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Dalam program Bomba Komuniti dan Fire Point selama 2 hari (18 dan 19 Ogos 2022) tersebut melibatkan seramai 109 orang ahli Bomba Komuniti dan 39 orang ahli Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) daripada 12 buah kampung meliputi Daerah Samarahan dan Daerah Asajaya seperti berikut; i. Daerah Samarahan: – Kampung Tanjung Parang, – Kampung Tambay, – Kampung Tanjong Bundong Fasa II, – Kampung Meranek Lot Baru, – Kampung Sijiram, ii. Daerah Asajaya, – Kampung Sebandi Ulu, – Kampung Tambirat Lot, – Kampung Asajaya Ulu, – Kampung Asajaya Laut, – Kampung Sampun Gerunggang, – Kampung Beliong, – Kampung Serpan Laut. Selain daripada penyerahan Sijil Keahlian, Jabatan turut menyumbangkan Alat Pemadam Api (4 unit) kepada setiap kampung yang terlibat dalam program Fire Point pada majlis pagi tadi. Turut diadakan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Kelab 3K daripada Tadika Kemas Taman Samarindah dan Kampung Bukit Berangan. Hadir sama pagi ini ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.