YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak hadir ke taklimat dan sidang media Children Fire Safety Champion Programme – Safe And Alert anjuran Yayasan Farley dengan kerjasama JBPM Negeri Sarawak dan Fire Prevention Council Malaysia (FIPCOM) bertempat di Farley Supermarket Kuching hari ini. Sidang media tersebut diadakan bagi menyampaikan program kolaborasi diantara ketiga-tiga agensi tersebut dalam memberikan Pendidikan Keselamatan Kebakaran bermula dari peringkat kanak-kanak dan pelajar sekolah. Kerjasama pintar sebegini dibentuk agar sumber yang terhad dapat digunakan dengan lebih optimum dan ianya adalah selaras dengan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara Tahun 2021 hingga 2030 iaitu ;
i. Strategi 1.6 : Mewujud dan memperkasakan Community Emergency Response Team (CERT) di kawasan perumahan, premis awam dan swasta.
ii. Strategi 2.2 : Meningkatkan kerjasama dengan badan korporat, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi program keselamatan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.
iii. Strategi 2.8 : Meningkatkan program bomba bersama masyarakat (SURI, 1RAPI,
KuKenal, Bomba Komuniti, Community Fire Drill).
Hadir sama pada siding media tersebut ialah Encik Eijing Lau, Presiden Yayasan Farley dan Encik Lim Kim Leng, ERT Practice Leader LKL Emergency Response Advisory.