



Kuching, 25 Oktober 2024
Kumpulan AIR dari BBP KANOWIT yang mewakili JBPM Negeri Sarawak telah diberi Penarafan 4 Bintang bagi projek Portable Emergency Sign Board (PESB) dalam Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SISCA) 2024.
Terdahulu, Kumpulan AIR telah mendapat tempat ketiga dalam Mini KIK Peringkat Agensi Persekutuan seterusnya melayakkan diri ke SCSICA 2024. Tahniah dan syabas kepada Ketua Balai dan Kumpulan KIK.
PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Sarawak bersama PgB Wilfred Epin turut hadir semasa Majlis Penyampaian Anugerah SCSICA 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg bertempat di Pullman Hotel, Kuching.