pa9 pa5 pa8 pa7 pa6 pa4 pa3 pa2 pa16 pa15 pa14 pa13 pa12 pa11 pa10 pa1
Kuching, 4 Ogos 2023
Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) dan Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) telah diadakan di Bilik Seminar Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak pagi ini telah disempurnakan oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Terdahulu dalam ucapan YS Pengarah, beliau berharap agar kesemua anggota ini untuk terus meningkatkan kemajuan diri dan sentiasa mempunyai semangat memajukan diri.
Seramai 4 orang telah dinaikkan pangkat ke PBK I manakala 17 orang ke pangkat PBK II. Kesemua anggota ini akan melapor bertugas di penempatan masing masing pada 15 Ogos 2023.
Turut diadakan adalah penyerahan Sijil Pertandingan EKSA JBPM Negeri Sarawak dan penyerahan Sijil Galakan kepada pegawai yang telah mengambil tempat dalam Pendakian Gunung Kinabalu tahun ini.