kik6 1 kik9 1 kik8 1 kik7 1 kik5 1 kik4 1 kik3 1 kik2 1 kik12 1 kik11 1 kik10 1 kik1 1
Kuching, 3 Ogos 2023
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak bertempat di Bilik Seminar.
Sebanyak 17 pasukan daripada Zon Kuching hingga Zon Limbang telah menyertai konvenseyen pada yang berlangsung selama 2 hari ini.
Pasukan Ladder 13 daripada Balai Bomba dan Penyelamat Padungan telah dinobatkan sebagai Juara sementara Pasukan Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit Naib Juara dan Kumpulan Tatau dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau di tempat ketiga.
Hadir sama ialah PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Latihan Bomba Sarawak dan Puan Aziba binti Rashidi, Perunding Latihan Kanan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Sarawak selaku Ketua Juri.