uk9 uk8 uk7 uk6 uk5 uk4 uk3 uk2 uk10 uk1
Kuching, 8 Ogos 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) Big Bang Peringkat JBPM Sarawak di padang kawad Balai Bomba Tabuan Jaya sebentar tadi.
UKTK Big Bang direka selaras dengan instrument penilaian dalam bentuk simulasi yang mnguji komponen kecergasan, kemahiran dan pengetahuan kebombaan pegawai bomba gred KB19 dan KB22 yang merangkumi 4 stesen disiplin.
Pelancaran dilaksanakan secara hibrid melalui google meet melibatkan semua Pejabat Zon dan Balai Bomba di seluruh Negeri Sarawak.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM SARAWAK dan PgKB I Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Sarawak.