Serian, 7 Ogos 2023
YS TPjB Dato’ Ts. Ahmad Izram Bin Osman, Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat JBPM megadakan lawatan kerja ke Unit Pengesan (K9) JBPM Sarawak bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kesihatan anjing serta menyemak perbelanjaan rawatan bagi kesihatan anjing.
Dr Ainul Riza Binti Abu Seman, Ketua Perkhidmatan Veterinar Bahagian Kuching turut serta dalam memberi penerangan kepada YS Dato’ mengenai tahap kesihatan anjing.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah PgKB II Donny Chap(Ketua Unit Pengesan JBPM), PgKB I Henderi Bin Ardimansyah (Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Sarawak), PgKB II Nik Muhammad Afiq Bin Nik Roslan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Negeri Sarawak, PgKB II Unjar anak Lum, Ketua Zon 2, PPgB James Gani, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serian, PBT II Dominic Girai, Ketua Cawangan Unit Pengesan Sarawak serta anggota Unit Pengesan Sarawak.