Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2024 PERINGKAT NEGERI SARAWAK Kuching, 3 Februari 2024

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat Negeri Sarawak kerjasama strategik JBPM Negeri Sarawak bersama Persatuan Chung Hua Batu Kawa telah diadakan di Dewan Chung Hua Batu Kawa pagi ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Antara aktiviti yang turut diadakan ialah flag off rondaan kenderaan kecemasan jabatan, edaran broucher dan walkabaout ke kedai-kedai berhampiran, pertunjukan dan demo SURI serta Unit Pengesan K9, Pertandingan Mewarna Kelab Keselamatan Kanak Kanak dan penyerahan hadiah dan sijil penghargaan kepada sekolah, Fire Marshall, Hero Bomba, Teman Pili Bomba dan rakan kolaborasi.

Apa yang menarik, YB Timbalan Premier telah membunyikan siren bomba klasik sebagai simbolik pelancaran manakala YS Pengarah pula membunyikan loceng bomba klasik.

Terdahulu, dalam ucapannya, YB Timbalan Premier mengharapkan tanggungjawab dan peranan semua lapisan masyarakat dalam memastikan keselamatan kebakaran terjaga. Beliau juga menghargai dan memuji usaha dedikasi jabatan dalam memberikan perkhidmatan samada dalam operasi ataupun kesedaran keselamatan kepada masyarakat.

Hadir sama ialah YS Datu PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Encik Lim Ah Ted, Pengerusi Persatuan Chung Hua Batu Kawa dan YBrs. Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.

English EN Malay MS
Skip to content