Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak

MIRI JUARA DAN NAIB JUARA SEMENTARA IBU PEJABAT DAN SIBU KONGSI TEMPAT KETIGA BADMINTON BERPASUKAN PIALA KOMANDAN ABPM WILAYAH SARAWAK Bau, 2 Februari 2024

Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan buat julung kalinya pada 1 dan 2 Februari 2024 di Dewan Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan, ABPM Wilayah Sarawak.

Pada kejohanan ini menyaksikan pasukan dari Zon Miri iaitu Pasukan Miri B telah mengesahkan kejuaraan apabila berjaya menewaskan rakan sepasukan iaitu Pasukan Miri A di perlawanan akhir kejohanan. Tempat ketiga bersama telah berjaya diraih oleh Pasukan HQ B dan Pasukan Sibu BT 1.

Majlis penangguhan kejohanan ini telah disempurnakan oleh K

PgKB II Jesica anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content