LAWATAN TIMBALAN PENGARAH JBPM N. SARAWAK KE PASUKAN BOMBA SUKARELA SG. ASAP DAN TAPAK BALAI BOMBA PENYELAMAT SG. ASAP
Belaga, 1 Mac 2024
Program dimulakan dengan lawatan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan bersama PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad, Ketua Zon 5 ke tapak Balai Bomba dan Penyelamat Sg. Asap dan kemudian diteruskan dengan taklimat dan perbincangan Tuan Timbalan bersama Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sg. Asap serta Ahli PBS yg lain.
Lawatan turut dihadiri, YB Kennedy Chukpai Ugon – ADUN N.66 Murum, En. Liwan Tirah – Pengerusi PBS Sg Asap dan pegawai-pegawai pelbagai agensi.