LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE PBS KABONG 2024
Kabong, 29 Februari 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Kabong dan penyerahkan sumbangan Alat Pemadam Api pada pagi tadi.
Sebelum itu, beliau telah mengadakan mesyuarat bersama YB Datuk Ali anak Biju, Ahli Parlimen P.205 Saratok di Pejabat Daerah Kabong dan seterusnya mengadakan lawatan ke tapak cadangan Balai Bomba dan Penyelamat Kabong.