Dalat, 29 Mac 2022
YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi ke Balai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Dalat pagi ini. Beliau kemudiannya diperkenalkan dengan anggota-anggota kedua-dua PBS dan kemudian menyampaikan amanat kepada kedua-dua pasukan tersebut sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab. Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyerahkan geran Pasukan Bomba Sukarela berjumlah RM 3,000 kepada PBS Pekan Dalat dan PBS Medong. Beliau telah disambut oleh Penghulu Sim Tan Chuan , Pengerusi PBS Pekan Dalat dan Encik Mohamad Azri, Wakil Pengerusi PBS Medong. Hadir sama ialah PgKB I Janggan Muling, Ketua Zon 4 Sarawak dan PPgB Azman Hj Hanapis, Ketua BBP Mukah.
pd9 pd8 pd7 pd6 pd5 pd4 pd3 pd2 pd1