YS PENGARAH SANTUNI ANGGOTA BOMBA DAN MASYARAKAT MUKAH
Mukah, 29 Mac 2022
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menghadiri Majlis Apresiasi Sempena Lawatan Rasmi YS Pengarah ke Balai Bomba dan Penyelamat Mukah. Pada majlis ringkas tersebut telah diadakan penyerahan Sijil Hero Bomba dan Alat Pemadam Api kepada 4 hero bomba yang membantu memadam kebakaran di Rumah Kasit Sungai Beliuk, Balingian pada 26 Disember lepas. Turut diberikan penghargaan ialah Pasukan Bomba Komunit (PBS) Pekan Dalat, PBS Medong dan PBS Balingian selain Sijil Penghargaan kepada Pengerusi Pasukan Bomba Komuniti di Bahagian Mukah serta pesara-pesara bomba. Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyeru agar ‘champion’ yang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat mengekalkan dan meningkatkan momentum yang ditunjukkan sepanjang tahun 2021. Hadir sama ialah PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 4 JBPM Sarawak, PPgB Azman bin Hj Hanapis, Ketua BBP Mukah dan Encik Sim Tan Chuan , Penghulu Taman Ceria, Dalat.
ma9 ma8 ma7 ma6 ma5 ma4 ma3 ma2 ma1