Lawatan Penandaarasan & Pembelajaran Kursus EKSA ke JBPM Sarawak

Lawatan Penandaarasan & Pembelajaran Kursus EKSA ke JBPM Sarawak. Kuching, 21 Februari 2024

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak menerima lawatan daripada Peserta Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Prinsip, Prosedur dan Amalan Bil. 1/2024 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak.

YS Pengarah sempat berkongsi pengalaman serta ilmu dengan rombongan seramai 40 orang peserta termasuk 3 orang penyelaras yang kemudiannya dibawa melawat sekitar Ibu Pejabat JBPM Sarawak dan BBP Tabuan Jaya. Kursus 2 hari tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi termasuk Bomba. Hadir sama ialah TPgB II Ts Mohamad bin Meramit, Ketua BBP Tabuan Jaya dan Puan Coloria anak Langgong, Pengurus Kursus INTAN Kampus Sarawak

English EN Malay MS
Skip to content