Latihan Pengukuhan Unit Drone Bersama Pasukan Gerakan Udara PDRM. Kuching, 21 Februari 2024
Latihan pengukuhan tersebut telah diadakan pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak. Tenaga pengajar bagi latihan ini adalah jurulatih daripada Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia yang diketuai oleh ASP Shogghirajan Nagendram. Majlis penutupan latihan telah disempurnakan oleh PgKB II Nik Muhammad Afiq Nik Roslan, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai.