










YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 7 dan Balai Bomba dan Penyelamat Limbang.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgB Ramlan bin Marajan, Ketua Zon 7 Sarawak, PKPgB Tawang anak Lingem, Ketua Balai BBP Limbang, Ketua Balai BBP Lawas, Pegawai-Pegawai Kanan Zon 7, anggota BBP Limbang, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela dan rakan media.
Pada majlis tersebut YS Pengarah menyampaikan amanat YAS Ketua Pengarah sempena majlis perbarisan tahunan tahun 2025 JBPM dan penyerahan sijil penghargaan kepada rakan media dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan Pejabat Zon 7 dan BBP Limbang sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Zon dan Balai, statistik, hala tuju perancangan dan pelaksanaan Pejabat Zon 7 serta Balai Bomba dan Penyelamat Limbang.
UPA Bomba Sarawak