

















5 Februari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 6 dan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Ismaidi bin Hj. Ismail, Ketua Zon 6 Sarawak, PgKB II Rafie bin Sapar, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 6, PgKB II Awangku Mohd Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 6, TPgB II Mohamad Hamdani bin Hj. Madon, Ketua BBP Lopeng, Pegawai-Pegawai Kanan Zon 6 dan anggota BBP Lopeng.
Pada majlis tersebut YS Pengarah menyampaikan amanat YAS Ketua Pengarah sempena majlis perbarisan tahunan tahun 2025 JBPM. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan Pejabat Zon 6 dan BBP Lopeng sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset.
YS Pengarah kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Zon dan Balai, statistik, hala tuju perancangan dan pelaksanaan Pejabat Zon 6 serta Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.
UPA Bomba Sarawak