LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BETONG

Betong, 20 Januari 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Betong.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgB Muhammad Rais Adham bin Rosalan, Ketua Zon 3 Sarawak, PBK I Jusmandie bin Jamaie , Pemangku Ketua Balai BBP Betong, Ketua Balai Sri Aman, Pegawai-Pegawai Kanan Zon 3, anggota BBP Betong dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela.

Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Betong sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Betong .

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay