



Kuching, 16 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah di jemput oleh pihak TVS untuk membincangkan persedian jabatan menghadapi Monsun Timur Laut serta langkah dan persedian ketika musim perayaan Tahun Baru Cina 2025 yang menjelma tidak lama lagi.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh En Syah Hairizal Kamalul Arifin dan juga Puan Khairunnisa Kasnoon, Senior Editor TVS . Seterusnya YS Pengarah dibawa ke studio dan dibual bicara mengenai kesiapsiagaan jabatan merangkumi kekuatan aset personal dan logistik, advokasi jabatan bagi menghadapi Monsun Timur Laut dan isu keselamatan kebakaran ketika musim perayaan. Pelbagai langkah, panduan, saranan, peringatan serta tips yang telah diutarakan YS Pengarah dalam sesi bual bicara berkenaan.
UPA Bomba Sarawak