Latihan Pengukuhan/ Remedial Pegawai Bomba Bantuan BBP Sarikei08 Mei 2024@ Rabu.0800- 1200 am.LATIHAN PENGUKUHAN/ REMEDIAL PEGAWAI BOMBA BANTUANPenganjuran Latihan Pengukuhan Pegawai Bomba Bantuan telah diadakan di BBP Sarikei yang melibatkan pengurusan kenderaan dalam insiden melibatkan Kemalangan Jalan raya. Seramai 8 anggota PBB BBP Sarikei hadir menjalani latihan tersebut. Kaedah pembelajaran terbahagi 2, iaitu secara teori dan praktikal yang dikendali oleh PBK I Hasman Bakar dibantu oleh PBK I KUP Mijan Pamin dan Penyelaras latihan adalah PBK II KUP Dingat anak Ngadi. Objektif latihan adalah bertujuan bagi meningkatkan kemahiran anggota PBB dalam pengendalian pengurusan kenderaan dalam insiden melibatkan kemalangan jalan raya serta pengendalian peralatan menyelamat. Pengisian aktiviti latihan secara teori dikongsikan berkaitan pengurusan Risiko, Pengenalan Kepada Kenderaan Hybrid dan Teknik Memotong Kenderaan. Manakala latihan secara praktikal adalah teknik pemotongan kenderaan dan penstabilan. Diakhir aktiviti telah diadakan simulasi insiden kemalangan jalan raya dan berlakunya kebakaran kenderaan. Sepanjang aktiviti dijalankan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku . Aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya