Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Pra Gawai dan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat Bomba Sarawak telah diadakan pada malam tadi bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba Sarawak telah disempurnakan oleh YB Datuk Micheal Tiang, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau sangat berbangga dengan pencapaian Bomba Sarawak terutama dalam memastikan masyarakat semakin sedar dengan keselamatan berkaitan kebakaran terutamanya sekali pada musim perayaan. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada bomba sempena Sambutan Hari Anggota Bomba pada tahun ini.
Dalam majlis tersebut beliau turut menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selain menyerahkan hadiah kepada pemenang pertandingan booth terbaik.
Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Bomba Sarawak, YBhg Datin Hajah Sorryta binti Haji Asgar Khan, Pengerusi PERISMA Sarawak dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Bomba Sarawak.