bl5 bl4 bl3 bl2 bl1
Kuching, 11 September 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima kunjungan daripada PgKB I Mohd Kharu bin Sulaiman, Ketua Cawangan Istiadat dan Pakaian Seragam Ibu Pejabat JBPM sebentar tadi di pejabatnya.
Lawatan ini adalah bersempena dengan Pelaksanaan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Balai dan Ujian Saringan Pengetahuan Pegawai Operasi Balai, Pasukan Khas yang akan berlangsung bermula pada hari ini (11-13 September 2023) di balai-balai yang terpilih.
Hadir bersama ialah PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Sarawak.