Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi pengiktirafan Agensi Perintis Projek Perluasaan Data Terbuka Sektor Awam Fasa ll pada Majlis Perasmian Dan Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 telah diadakan pada 13 September 2023 di PICC yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Hadir sama, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
Di majlis berkenaan diadakan sesi penyampaian perkhidmatan digital sektor awam bertaraf dunia daripada ahli-ahli panel, pelancaran portal data terbuka sektor awam dan penyampaian anugerah sijil pengiktirafan kepada jabatan yang mendapat dana Kumpulan Wang Amanah ICT.
Persidangan Digital Sektor Awam 2023 merupakan platform bagi percambahan idea dan maklum balas untuk memantapkan peranan pemimpin digital secara cekap ke arah perkhidmatan Kerajaan Digital yang berpaksikan rakyat.
Pada majlis sama, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) turut mengambil bahagian dalam pameran dengan mengetengahkan PBTPay yang merupakan aplikasi untuk semak dan bayar cukai taksiran, kompaun dan sewa secara atas talian.