KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Kuching, 6 Jun 2023

YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak petang ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan penganjuran Festival Maal Hijrah 1445 H yang dijangka pada hujung bulan Julai kelak.

Hadir sama ialah PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi, PgKB II Azizah Salim Penolong Pengarah Latiha, PgKB II Sabarudin Mohamad Ketua Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, Encik Mohamad Feisal Said Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Puan Megawati Hj. Julaihi Ketua Pegawai Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan LAKMNS.

English EN Malay MS
Skip to content