SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA PERINGKAT JKKP SARAWAK BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2023

Kuching, 23 Mei 2023

Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja Peringkat JKKP Sarawak Bersama JBPM Negeri Sarawak Tahun 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak pagi ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Terdahulu dalam ucapannya, beliau berharap agar program seumpama ini bukan sahaja menjadi suatu landasan penyampaian maklumat, hasrat dan aspirasi semasa kerajaan malah sebagai peluang dan ruang untuk kita bertemu, mengeratkan silaturrahim sesama kita menerusi pengisian aktiviti yang bersesuaian yang turut akan memberikan impak besar kepada perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam majlis tersebut, Balai Bomba dan Penyelamat Serian telah dianugerahkan pencapaian tahap Gred A bagi audit yang telah dijalankan oleh pihak JKKP.

Hadir sama ialah YBhg Ir. Dr. Nor Halim bin Hassan, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak dan YBhg Puan Normiza binti Suhaili Manager NIOSH Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content