u7 u9 u8 u6 u5 u4 u3 u2 u16 u15 u14 u13 u12 u11 u10 u1
Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah diadakan pada 3 Oktober 2022 bertempat di UCSI, Hotel Kuching. Majlis Perasmian Seminar tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang turut dihadiri oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) pada tahun 2018 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022. Antara pindaan penting ke atas Akta 341 adalah mensyaratkan setiap Premis Ditetapkan yang memerlukan Perakuan Bomba perlu menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di semua Premis Ditetapkan. Pada tahun 2021 pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 telah dibuat yang diwartakan pada 31 Disember 2021 dan telah digunapakai oleh JBPM dalam menentukan keperluan kebombaan dalam aspek keselamatan kebakaran melibatkan kelulusan pelan, pemeriksaan bangunan dan penguatkuasaan. Kedua-dua pindaan ini dilakukan berdasarkan semasa dengan menilai perkembangan pembangunan, peningkatan populasi, kewujudan teknologi baru dengan teras utama adalah untuk keselamatan nyawa dan harta benda serta alam sekitar selaras dengan tugas dan tanggungjawab JBPM. Keselamatan kebaran tidak boleh dikompromi namun factor ekonomi sudah tentu mempengaruhi kemampuan dari segi fire safety installation dan fire safety management.
Seramai 263 orang peserta telah menghadiri seminar satu hari tersebut yang mana melibatkan jurutera, arkitek dan ahli professional yang lain.
Hadir sama pagi tadi ialah YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YBhg Datu Antonio Kahti Galis, Setiausha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YBhg Datu Haji Junaidi Haji Reduan, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).