HARI PENGUJIAN BOT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK BAGI MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT
bot4 bot9 bot8 bot7 bot6 bot5 bot3 bot2 bot17 bot16 bot15 bot14 bot13 bot12 bot11 bot10 bot1
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah mengadakan Hari Pengujian Bot Bagi Menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka pada penghujung tahun ini hingga awal tahun hadapan.
Bagi Zon Kuching, aktiviti tersebut telah diadakan di Kampung Bako sehingga ke Taman Negara Bako. Aktiviti tersebut telah diketuai oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Program pagi tadi turut melibatkan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) SWART, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako Indah dan media yang mana melibatkan seramai 39 orang.
Antara objektif ujian ini diadakan adalah bagi memastikan kesiapsiagaan aset jabatan dalam keadaan siap siaga selain meningkatkan kompetensi jurumudi bot jabatan serta anggota.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Encik Mohamad Assamin, Park Ranger dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.