Putrajaya, 23 Mac 2022
4 orang pegawai bomba daripada JBPM Sarawak telah ditauliahkan sebagai Expert dan Advisor sempena Konvensyen Pasukan Khas JBPM di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya pada 23 Mac 2022 yang telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM. Konvensyen selama 3 hari tersebut melibatkan 5 pasukan khas JBPM dan telah dihadiri seramai 79 orang dari seluruh negara. Pegawai bomba dari JBPM Sarawak mewakili 4 pasukan khas iaitu TPgB II Mohamad bin Meramit (HAZMAT & CBRNe), PKPgB Muhammed Mirza Dzalmira bin Hj Miraj – Rapid Intervention Motorcycle (RIM), Mohammad Asnan bin Led – Special Tactical Operation Rescue Malaysia (STORM) dan PPgB Zian Azizi bin Yusuf – Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Antara objektif konvensyen ialah memperkasakan pasukan khas dan meningkatkan modal insan jabatan. Hadir sama ialah YAS Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yassin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan YS TPjB Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM.
kon9 kon8 kon7 kon6 kon5 kon4 kon3 kon2 kon10 kon1