Petra Jaya, 23 Mac 2022
Lawatan Sambil Belajar Kakitangan dan Kanak-kanak Pusat Dalam Komuniti ( PDK ) Kampung Buntal ke Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Pada 23 Mac 2022 ( Rabu ) 10.30 pagi, seramai 4 orang kakitangan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kampung Buntal dan 8 orang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya. Lawatan ini adalah bertujuan memberi peluang dan menunaikan hasrat kanak-kanak kelainan upaya (OKU) tersebut untuk berjumpa sendiri dengan abang-abang Bomba dan merasai sendiri pengalaman menaiki jentera Bomba serta memakai pakaian operasi. Ceramah ringkas tatacara penggunaan Alat Pemadam Api di sampaikan oleh PBKII (KUP) Mazlan bin Sharbini dan PB Azmi bin Azman Hadir sama menyambut rombongan lawatan tersebut ialah Ketua Balai TPgBII Latif bin Iring , Penyelia Pasukan ALPHA PBKII (KUP) Asmadi bin Nawie dan semua anggota pasukan bertugas.