Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Santuni Anggota Bertugas Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Lawatan YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama YBhg. Datin Sri Nor Latifah Binti Dato’ Sri Jaafar, Yang Dipertua PERISMA telah hadir menyantuni Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei. Lawatan tersebut juga turut disertai oleh PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Kehadiran YAS Dato Sri bersama Datin Sri dan Timbalan Pengarah telah disambut oleh PPgB Mahmudin Narudin, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei bersama anggota-anggota balai.

Pengisian lawatan YAS Dato Sri dimulakan dgn menandatangani buku pelawat, seterusnya menerima Cenderahati daripada warga Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei sebagai tanda kenang-kenangan. YAS Dato’ Sri dan Datin Sri kemudian meninjau kawasan Ruang Santai BBP Sarikei serta lokasi Wow Factor BBP Sarikei (Pondok Transit Ular).

Sebagai simbolik lawatan, YAS Dato’ Sri Abdul Wahab Bin Haji Mat Yasin diiringi Ketua Balai ke lokasi menanam pokok di kawasan tepi padang kawad BBP Sarikei.

kredit BBP Sarikei

English EN Malay MS
Skip to content