yas2 yas9 yas8 yas7 yas6 yas5 yas4 yas3 yas1
YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Dato’ Sri Jaafar, telah hadir melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Hadir bersama dalam lawatan adalah PgB Alan dan PgKB II Siti Farizun dan disambut oleh PKPgB Ebby Hirwandy bin Sarbini, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan serta semua Pasukan Bravo yang bertugas.
YAS Dato Sri telah dibawa melawat persekitaran balai dan menandatangani buku pelawat.
Dalam kesempatan itu, YAS Dato’ Sri serta Datin Sri diiringi Ketua Balai untuk sesi bergambar bersama anggota Warga BBP Kota Samarahan.