Kuching, 27 Julai 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama Pegawai-pegawai Kanan Jabatan menyambut kepulangan Pasukan Ragbi JBPM Negeri Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada petang tadi.
Pemangku Pengarah juga mewakili JBPM Negeri Sarawak memberi insentif kepada Pemain Pasukan Ragbi JBPM Negeri Sarawak atas usaha keringat dalam mengharumkan nama Jabatan di persada kebangsaan.
Terdahulu, Pasukan Ragbi JBPM Sarawak telah menjuarai Kategori Bowl Kejohanan Ragbi Bomba 10 Sebelah Piala YAS Ketua Pengarah Edisi Ke-2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2024 yang buat julung kalinya disertai oleh JBPM Negeri Sarawak.
Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak.
Syabas dan Tahniah diucapkan.
Semangat Kenyalangku Terbang Tinggi!!