MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN RAGBI JBPM NEGERI SARAWAKMAJLIS RINGKAS PENYERAHAN BENDERA PASUKAN RAGBI JBPM NEGERI SARAWAKKuching, 25 Julai 2024 PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Ringkas Penyerahan Bendera Pasukan Ragbi JBPM Negeri Sarawak di Bilik Seminar pada pagi tadi.Pasukan Ragbi JBPM Sarawak yang diketuai oleh PPgB Muhammad Miqhail Azchery Abdullah terdiri daripada 15 orang pemain akan berentap dalam Kejohanan Ragbi Bomba Sepuluh Sebelah Piala YAS Ketua Pengarah Edisi Ke-2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 27 & 28 Julai 2024.Sama-sama kita semarakkan semangat dan mendoakan pasukan ragbi kita akan beroleh kejayaan. Encang Sarawak Encang!!