bin3 bin4 bin2 bin1
YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama isteri, YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar, Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan mengadakan Lawatan Kerja Rasmi di Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Sarawak hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Beliau kemudiannya dibawa menyaksikan persembahan daripada pasukan khas dan seterusnya menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Media dan Rakan Kolaborasi JBPM di Bintulu.
Turut hadir ialah PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon Bintulu dan TPgB I Cristus anak Buson, Ketua BBP Bintulu.
kredit BBP Bintulu