Nama Program : BICARA GOVERNANS, INTEGRITI, DAN ANTIRASUAH (BiGIAR)
Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa / 09.00 pagi)
Tempat : Bersamaan 4 Zulhijjah 1445 Islamic Information Centre, Kuching, Sarawak.
Moderator : Tuan Haji Hamilye Sham bin Harun (Managing Director & Principal Consultant)
Panel 1 : KPKPj Hasbilah bin Mohd Salleh (SPRM)
Panel 2 : Tuan Wan Hipni bin Wan Mohamad (UNIONS)
BICARA GOVERNANS, INTEGRITI, DAN ANTIRASUAH (BiGIAR) Tahun 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Islamic Information Centre, Kuching, Sarawak. Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Program BICARA GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (BiGIAR) diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, seterusnya meningkatkan dan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Bukan itu sahaja, Ombudsman Sarawak ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran yang teratur dan mengekang salah tadbir (maladministration) oleh agensi perkhidmatan awam Sarawak serta perkara-perkara yang berkaitan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
§ Memberi penerangan berkenaan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
§ Memberi penerangan berkaitan kesalahan jenayah rasuah
§ Memberi penerangan berkenaan insiatifdan strategi pencegahan rasuah
2.2 UNIT INTEGRITI DAN OMBUDSMAN NEGERI SARAWAK (UNIONS)
§ Memastikan semua insiatif dan program integriti dilaksanakan berkesan
§ Memperkukuhkan system dalaman dengan berkesan dalam organisasi sebagai asas kearah penyampaian yang lebih baik
§ Menyelesaikan aduan Ombudsman dengan adil, berkesan dan cekap