NAZIRAN PERJAWATAN JBPM NEGERI SARAWAK
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir sama dalam rombongan Naziran Perjawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang telah diadakan bermula 12 sehingga 14 Jun 2024.
Pada 3 hari tersebut, rombongan naziran yang terdiri daripada Kementerian Kerajaan Perumahan Tempatan, dan Pegawai Ibu Pejabat JBPM telah berkunjung serta menilai Ibu Pejabat Bomba Sarawak, BBP Petra Jaya, Pejabat Zon 4 Sarawak dan BBP Tanjung Manis.
Selain daripada itu, turut diadakan simulasi eFIES (Electronic Fire Extinguisher Inspection) oleh BBP Sungei Merah, pengujian Bot Penyelamat oleh BBP Tanjung manis dan simulasi pemantauan operasi SAR di ruang udara Sibu – Baleh dengan helikopter milik jabatan yang dikendalikan oleh Pangkalan Udara Wilayah Sarawak.
Semoga JBPM Negeri Sarawak memperoleh kejayaan dan akan lebih cemerlang di masa akan datang.