BBP Tabuan Jaya telah menghadiri 1 latihan pengungsian bangunan dan demonstrasi alat pemadam api bertempat di SMT Sejingkat.. Aktiviti bermula jam 11.30 pagi dengan deringan loceng kecemasan dibunyikan dan semua warga SMT Sejingkat dan Kolej Matrikulasi Sarawak seramai kira-kira 600 orang bergerak ke padang sebagai tempat berhimpun…
Demontrasi alat pemadam api dilaksanakan dengan disertai oleh pelajar serta guru bagi memastikan warga SMT Sejingkat mahir dab bersedia jika terjadi kebakaran di premis mereka.
Pihak BBP Tabuan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama, layanan serta senyuman semua warga SMT Sejingkat dalam melaksanakan latihan ini. Moga segala ilmu yang dikongsikan bermanfaat buat semua..