3 – 4 Februari 2021 – Satu taklimat berkaitan perlaksanaan Pelan Anti Rasuah telah diberikan kepada pegawai dan anggota pejabat Zon Keningau dan BBP Keningau oleh PgKB I Misran bin Bisara, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, JBPM Sabah. Taklimat telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Keningau. Tujuan matlamat taklimat ini diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran kepada warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah khususnya untuk meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada masyarakat.
Pada sesi ini juga turut diadakan taklimat berkaitan Perlaksanaan Kenaikan Pangkat secara Time Based berasaskan Kecermelangan telah disampaikan oleh Ms. Evageline J. Sinagoh, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Sabah kepada pegawai dan anggota Pejabat Zon Keningau dan BBP Keningau. Initipati dalam penyampaian taklimat tersebut adalah menerangkan berkaitan kenaikan pangkat pegawai mengikut gred dan tempoh perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, pegawai yang terlibat dengan kenaikan pangkat tersebut merupakan satu penghijrahan, pengiktirafan dan merupakan satu skop bidang tugas pengurusan yang baru.
PgKB I Misran bin Bisara sedang memberi taklimat Pelan Anti Rasuah kepada pegawai dan anggota Zon Keningau Sesi soal jawab bersama pegawai dan anggota BOMBA daripada Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sook Pn. Evangeline memberi taklimat pelaksanaan TBK kepada pegawai dan anggota di Zon Keningau yang terlibat. Sebahagian pegawai dan anggota yang terlibat pada sesi taklimat Pelan Anti Rasuah JBPM dan TBK
Sesi taklimat diadakan dengan mengamalkan penjarakan sosial, kewajiban memakai pelitup muka, pendaftaran MySEJAHTERA dan cucian tangan dengan basmi kuman(hand santizer).