Bomba Sabah terima sumbangan empat(4) Bot Penyelamat

WhatsApp Image 2022 01 27 at 19.33.54 1

27 Januari 2022 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berbesar hati menerima sumbangan empat(4) buah bot daripada YaPIEM dan Alliance Islamic Bank Berhad untuk kegunaan operasi menyelamat terutama ketika operasi menyelamat mangsa banjir di negeri Sabah. Majlis Simbolik Penyerahan Bot Penyelamat ini disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Ibu Pejabat JBPM Sabah.

WhatsApp Image 2022 01 27 at 19.33.49
YB Senator meninjau bot penyelamat bersama Jeffrey Law dan YS Md Ali.

Dalam ucapan YB Senator Tuan Hj Idris, YaPEIM telah menerima sumbangan dana berjumlah RM50,000 daripada Alliance Islamic Bank Berhad yang bekerjasama dengan YaPEIM untuk pelaksanaan “Flood Aid for Sabah”. Ia merupakan projek komuniti bagi pembinaan tangki air bersih di Kampung Gurama dan Kampung Guridak serta pembinaan empat buah bot bagi kegunaan ketika banjir oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

“Alhamdulillah hari ini, saya sendiri dapat menyerahkan empat buah bot yang telah siap dibina berjumlah RM16,000 untuk kegunaan anggota penyelamat kita di sini. Saya juga berharap usaha murni antara pihak YaPEIM dan Alliance Islamic Bank Berhad ini dapat memanfaatkan penduduk di negeri Sabah terutamanya mereka yang tinggal Kampung Garama dan Kampung Kuridak, Beaufort untuk membolehkan mereka menikmati bekalan air bersih.

Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Redza Shah Bin Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, YBrs. Jeffrey Law Hieng Kuok, Naib Presiden Kanan/Ketua Serantau, Wilayah Timur Alliance Bank Malaysia Berhad dan YBhg. Datuk Haji Norjeli Bin Haji Dais, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah.

English EN Malay MS
Skip to content