

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah turut terlibat ke Majlis Perarakan bermula dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu ke Sabah International Convention Centre (SICC) sempena Maulidur Rasul 1446H.
Sambutan Maulidur Rasul adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Kita meraikan hari kelahiran Rasulullah SAW sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Baginda SAW. Dalam semangat sambutan Hari Malaysia jua, hargai dan kukuhkan perpaduan serta keharmonian tanpa mengira kaum dan agama di tanah air tercinta ini.
Semoga negara kita terus makmur, aman, dan sejahtera.
