1 Julai 2024 – Ahamdulillah hari ini Bomba Sabah menerima sebuah Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Nabawan daripada KPKT Malaysia yang telah siap sepenuhnya dan bakal beroperasi pada 1 Julai 2024.
Pada majlis tersebut, PgB Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Hj Juatan, Ketua JBPM Zon Keningau mewakili jabatan menerima simbolik kunci balai BBP Nabawan dan disaksikan oleh PgKB II Kenneth Wilfred, Ketua Cawangan Pengurusan Balai, Bahagian Pengoperasian dan Penyelamat Negeri.
Balai ini dilengkapi kuarters ini merupakan Balai Kategori D dengan kekuatan anggota seramai 28 orang. Balai ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan perkhidmatan Kebombaan terutama di sekitar daerah Nabawan. Insha Allah Bomba Sabah bakal menerima sebuah lagi BBP baharu tidak lama lagi.



