27 Jun 2024 – Tahniah kepada Pemenang dan Kumpulan KIK Balai-Balai yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Tahun 2024. Seramai 25 Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Negeri Sabah telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang telah diadakan di Dewan Serbaguna JBPM Sabah, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
Berikut adalah keputusan Penuh Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JBPM Sabah Tahun 2024.
Kategori Inovasi
Johan : SPEED ( BBP Kota Kinabalu)
Naib Johan : INNOBLAST PENAMPANG ( BBP Penampang)
Tempat Ketiga : MABUL ( BBP Air Semporna)
Kategori Primer:
Johan : SICFORCE ( BBP Semporna)
Naib Johan : METAL SCRAP B4T ( BBP Beaufort)
Tempat Ketiga : THREE KEY ( BBP Beluran)
Kategori Hybrid :
Johan : ROBOTIC FIRE SQUAD ( BBP Tawau)
Naib Johan : SKUAD BRAVO SANDAKAN ( BBP Sandakan)
Tempat Ketiga : RANAU A( BBP Ranau)
Tahniah kepada semua pemenang!



