
16 April 2022 – Seramai 74 orang daripada JBPM Sabah dan 15 orang daripada JBPM Labuan pegawai Bomba dan Pegawai Gunasama pelbagai gred telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2021 dan 23 orang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Majlis yang diadakan di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu turut dihadiri YS PKPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah JBPM Sabah dan YS PKgB I Ismaidi bin Hj Ismail, Pengarah JBPM Labuan berserta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Dalam ucap tama YAS Dato’ Mohammad Hamdan pada majlis tersebut :-
“semua pegawai dan anggota Bomba haruslah memahami dan menghayati konsep nilai profesionalisme secara holistik, malah turut menjadikan sebagai budaya dalam merealisasikan tugas dan amanah yang diletakkan di bahu semua pegawai / anggota Bomba. Buktinya hari ini, tuan-tuan telah diiktiraf dan diperakui telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2021.”
Pada majlis tersebut juga YAS Dato’ Mohammad Hamadan berbesar hati menyampaikan cenderahati dan menyarung Coloreng Bomba kepada adik Ayon Manson yang berasal dari Kampung Terian, pendalaman daerah Penampang telah dianugerahkan sebagai anak angkat Bomba. Kisah adik Ayon yang berusia 13 tahun pernah tular di media sosial kerana berjalan kaki ke sekolah rendahnya sejauh 14 kilometer dari kampung halaman semata-mata untuk menuntut ilmu. Adik Ayon juga pernah ditanya apakah cita-citanya apabila sudah besar nanti, adik ayon dengan segera menjawab “Saya mau jadi Bomba”. Adik Ayon Manson yang kini bersekolah di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dan tinggal di asrama sekolah. Semoga Adik Ayon berjaya dalam pelajarannya dan akan menyertai kami #WiraMerah satu hari nanti, kami tunggu Ayon!





